MINGGU PERTAMA
Pada
minggu yang pertama adalah minggu pengenalan kepada subjek ini iaitu Pengajaran
dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer BMM3053. Topik untuk
minggu pertama ialah Penggunaan Enjin Pencarian Bahan Bahasa Melayu. Antara
kemahiran yang dipelajari dan aplikasi dalam pembelajaran ini ialah mempelajari
bagaimana menggunakan kata kunci dan frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan
pengajaran Bahasa Melayu untuk mengakses ataupun mencari sesuatu bahan
pengajaran itu sama ada dalam bentuk web, video, audio dan imej. Dalam minggu
ini juga, mempelajari bagaimana cara untuk menyimpan bahan yang dicari itu
dalam bentuk fail dan juga internet.
MINGGU KEDUA
Pada
minggu kedua pula, mencari dan memilih
bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menggunakan enjin carian di internet.
Bahan-bahan yang dicari dan pilih
tersebut adalah dalam bentuk audio, video, grafik dan teks serta mengumpul bahan
tersebut dalam folder mengikut kemahiran lisan, membaca dan menulis.
Pengumpulan bahan tersebut dalam folder mengikut spesfikasi kemahiran bahasa.
Melalui bahan tersebut, Ia dapat digunakan sebagai bahan bantu pengajaran
kelak.
Di
samping, dapat mempelajari bagaimana menggunakan bahan yang dicari dan disimpan
itu sesuai untuk digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran murid-murid
di sekolah. Seterusnya, amali tugasan minggu ini telah banyak membantu
bagaimana cara untuk mencari dan menyimpan pelbagai bahan pengajaran yang
sesuai untuk diaplikasikan terutamanya mata pelajaran Bahasa Melayu.
MINGGU KETIGA
Bagi
minggu yang ketiga, mencari dan memuat turun bahan yang mengandungi Garis
Panduan dan Etika Penggunaan Internet. Bahan yang dicari itu juga hendaklah
dipindahkan dalam bentuk persembahan power point dan brosur.
Melalui
amali ini, dapat dinyatakan bahawa dalam penggunaan, pengaksesan, memuat turun,
menaik turun dan sebagainya yang melibatkan bahan dalam bentuk alam maya
mempunyai peraturan, etika dan panduan yang perlu dipatuhi agar bahan yang
diakses tersebut tidak menyalahi dan melanggar mana-mana undang-undang.
Selain
itu, bahan yang diperoleh itu mestilah mempunyai sumber dari mana diperoleh
agar bahan yang digunakan tersebut tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak dan
hak ketulenan bahan tersebut masih ada. Oleh itu, dalam penggunaan komputer
perlu mengatuhi peraturan dan mengatuhi etika dan panduan mengunakan.
MINGGU KEEMPAT
Pada minggu yang keempat, memilih bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Bahan tersebut dipilih berdasarkan bahan sastera, bahan tatabahasa dan bahan bidang lain.
Bahan yang kami pilih ialah video Bawang Putih,Bawang Merah. Kami mengunakan perisian wondershare video editor. Melalui penghasilan bahan ini pelbagai maklumat diterima antaranya mengedit bahan-bahan menjadi bahan pengajaran.
Pada persepsi saya, pengetahuan tentang komputer adalah penting bagi menghasilkan bahan pengajaran yang menarik dan berkualiti.
Bahan yang kami pilih ialah video Bawang Putih,Bawang Merah. Kami mengunakan perisian wondershare video editor. Melalui penghasilan bahan ini pelbagai maklumat diterima antaranya mengedit bahan-bahan menjadi bahan pengajaran.
Pada persepsi saya, pengetahuan tentang komputer adalah penting bagi menghasilkan bahan pengajaran yang menarik dan berkualiti.
MINGGU KELIMA
Pada
minggu pula, membina dan menggunakan tapak dan laman web pembelajaran dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Di minggu kelima ini, dapat membina
tapak pembelajaran dan juga laman web bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu.
Di
samping itu, tugasan minggu ini juga dapat memberi pengetahuan dan kemahiran
untuk membina laman sendiri. Melalui laman sendiri, dapat berkongsi bahan dan
idea yang sesuai dengan fokus mata pelajaran Bahasa Melayu agar bahan yang
dihasilkan tersebut dapat memberi manfaat sekaligus dapat memajukan lagi
perkembangan dan kemajuan dalam meningkatkan lagi penggunaan Bahasa Melayu
sesuai dengan teknologi sekarang.
Sehubungan
dengan itu, laman web yang dihasilkan juga bukan sahaja dapat penulis berkongsi
bahan dengan rakan lain malah dapat bertukar-tukar pandangan mengenai sesuatu
topik yang dibincangkan agar pengetahuan dan pengalaman itu dapat dikembangkan
seterusnya dapat memberi manfaat yang berguna kepada semua pelayar laman agar
terus dapat memberi sumbangan khususnya melalui Bahasa Melayu.
Refleksi
Syukur
ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izin-Nya saya telah dapat menyiapkan
tugasan ini. Tajuk bagi tugasan kerja kursus ini ialah Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer BMM3053. Sepanjang menjalankan
tugasan kerja kursus ini, pelbagai cabaran dan halangan telah saya hadapi.
Pertama sekali menerima tugasan
ini, saya sangat gembira kerana dapat mempelajari tentang penggunaan komputer. Walaupun
banyak cabaran yang saya terima. Namun saya dapat mengatasi dengan mudah. Bagi
mengatasi kekangan dan kesukaran yang saya nyatakan di atas, saya telah
mengambil inisiatif berbincang dan berkolaborasi dengan rakan-rakan dan
pensyarah pembimbing. Perbincangan dan kolaborasi ini sesungguhnya sangat
membantu saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna kerana saya berpeluang
untuk bertanya kepada rakan-rakan dan pensyarah tentang cara-cara melaksanakan
tugasan selain mendapatkan hasil yang sangat memuaskan.
Selepas menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya, saya dapat menguasai dan mempunyai kemahiran yang tinggi
terhadap penggunaan komputer. Hal ini kerana, secara keseluruhannya amali dan
tugasan yang perlu dilaksanakan menggunakan komputer selaras dengan tajuk
kursus ini. Oleh itu, sebagai seorang pendidik harus melengkapkan diri dengan
kemahiran menggunakan komputer dengan baik. Jika seseorang guru boleh
menyediakan kemahiran asas ini, kemahiran-kemahiran yang berikutnya sudah pasti
dapat dilaksanakan dengan lebih mudah lagi.
Akhir sekali, saya berharap segala pengetahuan
dan kemahiran yang telah saya pelajari sepanjang melaksanakan tugasan ini dapat
dimanfaatkan dihari kelak ketika mengajar.
Sila catat refleksi segera
ReplyDelete