Monday 18 August 2014



                                   SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA


Pengenalan

Pengajaran Pembelajaran berbantukan komputer adalah satu pengajaran yang menarik dan banyak memberi manfaat kepada para pelajar. Ia adalah suatu perkara penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.  Ini kerana penggunaan Pengajaran pembelajaran berbantukan komputer ini secara terancang akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan, aktif dan bermutu.

Kebolehan komputer dalam mengintegrasikan unsur-unsur video, bunyi, teks dan grafik untuk membentuk perisian ini.Pekara ini, sudah tentu membawa makna besar dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, khusunya dalam bidang pendidikan.

Sebagai seorang guru Bahasa Melayu,kita perlu mempunyai keterampilan dalam mengendalikan pengajaran bahasa berbantu komputer. Walaupun terdapat kesukaran dalam melaksanakannya, guru perlu bersedia dengan kemahiran dan pengetahuan selaras dengan keperluan pendidikan kini yang memerlukan pengajaran lebih berpusatkan pelajar.