SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA
Pengenalan
Pengajaran Pembelajaran
berbantukan komputer adalah satu pengajaran yang menarik dan banyak memberi
manfaat kepada para pelajar. Ia adalah suatu perkara penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana
penggunaan Pengajaran pembelajaran berbantukan komputer ini secara terancang
akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan, aktif dan bermutu.
Kebolehan
komputer dalam mengintegrasikan unsur-unsur video, bunyi, teks dan grafik untuk
membentuk perisian ini.Pekara ini, sudah tentu membawa makna besar dalam bidang
pengajaran dan pembelajaran, khusunya dalam bidang pendidikan.
Sebagai seorang guru Bahasa Melayu,kita perlu mempunyai keterampilan dalam mengendalikan
pengajaran bahasa berbantu komputer. Walaupun terdapat kesukaran dalam
melaksanakannya, guru perlu bersedia dengan kemahiran dan pengetahuan selaras
dengan keperluan pendidikan kini yang memerlukan pengajaran lebih berpusatkan
pelajar.